Wednesday, February 12, 2014

Baginda Rasulullah mencintai wangian.

Berwangi menyegarkan jiwa untuk beribadah. Allah S.W.T telah kurniakan kepada diri Nabi S.A.W wangian semulajadi. Peluh Nabi S.A.W lebih wangi dariapada minyak wangi. 
Nabi jadikan wangian, 1/3 dari mas kahwin Fatimah Antara sunnah dalam wangian. Nabi S.A.W mengajar kita agar tidak menolak wangian. Sesiapa yang mendapat wangian sebagai hadiah atau diberi wangian di tempat khusus maka janganlah dia tolak wangian tersebut kerana dia adalah nikmat kurnian Allah S.W.T kepada manusia. Nabi S.A.W sentiasa mendapatkan wangian sama ada dengan dengan membelinya atau menggunakannya. Nabi menggunakan wangian Kasturi.
Anas berkata : “Aku tak pernah cium haruman ‘Anbar, Kasturi dan wangian lain yang lebih harum dari haruman Rasulullah”
Perkara penting berkaitan dengan wangian, kita disunatkan untuk mengguna wangian pada semua perkara. Baginda teliti tentang wangian. Begitu teliti! Sentiasa menggunakan wangian. Menggunakan ketika berumrah, menggunakannya ketika menunaikan solat, menggunakannya ketika ingin menghadiri majlis keramaian, juga menggunakannya pada hari Raya. Maka sunat bagi kita mengguna wangian ketika bersolat. Sunat menggunakannya ketika hadiri sebarang pertemuan. Sunat si isteri sapu wangian kepada suaminya. Begitu juga si suami kepada isterinya. Wangian ialah sunnah yang sentiasa diamalkan. Maksudnya seorang disunatkan sentiasa menggunakan wangian.
Sunnah wangian ialah sunnah yang indah, baginda yang paling banyak menggunakan wangian. Jika seseorang ingin mencontohi Nabi S.A.W, merasai dan menghayati bahawa sunnah ini menghubungkan dia dengan Nabi S.A.W. Dia merasai bahawa pada dirinya sesuatu yang disukai oelah Rasulullah S.A.W. Tak syak lagi, apa yang disukai oleh Rasulullah juga disukai oleh Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment