Monday, May 5, 2014

Kasturi Kijang

istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan (gland or pod) .Kasturi kebanyakannya diperolehi daripada kijang yang terdapat di pergunungan Himalaya,di Wilayah Tonkin di China,Assam di India,Nepal dan Rusia. 





Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan terkenal terutama Imam Ibnu Qayyim Aljauziyyah R.A dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati banyak khasiat antaranya :

1. Memberi kekuatan kepada ruh;
    Haruman adalah santapan ruh, manakala kasturi adalah   
    merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman  
    sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

    “sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”   
                                                                (H.R.Muslim)
     KASTURI minyak wangi Nabi s.a.w:
     Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya
     Nabi s.a.w telah bersabda maksudnya:
     ”Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali”

2.  Menenangkan jiwa (hati);
       ~ Dapat menguatkan hati dan jiwa dengan menciumnya.
       ~ Dapat menenangkan dan meriangkan hati dan jiwa 
          dengan menciumnya.
3.  Mencergaskan akal dan menyihatkan otak.
4.  Memperkuatkan organ (angota di luar tubuh).
5.  Menolak wabak dan penyakit.
6.  Mengurangkan ketakutan dan kebimbangan.
7.  Mengurangkan sesak nafas.
8.  Mengurangkan debaran jantung.
9.  Mengurangkan gementar dalam tubuh.
10. Mengurangkan sejuk tubuh.
11. Berfungsi memelihara kesihatan
      keseluruhannya.
12. Menyukakan para malaikat, orang-orang
      soleh dan kesemuanya dengan izin
      Allah s.w.t.

Sebaik-baiknya dan seelok-eloknya !!
Bersolatlah dengan berwangi-wangian kerana 70x lebih baik daripada tidak berwangi-wangian.
Dan berniatlah untuk memakai Wangian Kasturi ini untuk Mengikut salah satu daripada SUNNAH Rasullullah dan selalulah berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. untuk menambah Cinta dan Rindu kepada baginda.


No comments:

Post a Comment